
Cadangan Jawapan:
Kereta api yang paling sesuai ialah kereta api L. Kepala kereta api berbentuk aerodinamik kerana dapat mengurangkan rintangan udara apabila kereta api bergerak. Oleh itu, kurang tenaga hilang dan kereta api dapat bergerak dengan lebih laju serta lebih jauh.
Bahan badan kereta api perlu mempunyai ketumpatan rendah supaya jisim kereta api lebih kecil. Kereta api yang lebih ringan mempunyai inersia yang lebih kecil dan lebih mudah dipercepatkan.
Kereta api juga perlu mempunyai enjin berkuasa tinggi supaya lebih banyak tenaga dapat ditukarkan kepada tenaga kinetik setiap saat. Ini membolehkan kereta api bergerak pada halaju yang tinggi.
Selain itu, bekalan kuasa mestilah arus ulang alik kerana transformer hanya boleh berfungsi menggunakan arus ulang alik. Transformer dapat mengubah beza keupayaan dan menghasilkan halaju kereta api yang berbeza.
